Wednesday, April 16, 2008

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

MAKNA
Pernahkah anda mendengar MAKNA? MAKNA adalah singkatan bagi Majlis Kanser Nasional. Ianya merupakan sebuah organisasi "no-profit" yang telah ditubuhkan oleh Dato’ Mohd Farid Ariffin dan dilancarkan secara rasminya pada 30 March 1995 di bawah Persatuan Pendaftar (Register of Societies). Misi penubuhan MAKNA adalah untuk menggerakkan sumber bagi menyediakan kuratif, pencegahan, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk pesakit-pesakit kanser dan keluarga, kumpulan risiko tinggi dan orang awam. Objektif Penubuhan ditumpukan pada usaha untuk mengumpul dan menggunakan kepakaran dan sumber kewangan yang diperolehi daripada semua lapisan masyarakat, bagi merawat kanser dan mengurangkan kesakitan yang berkaitan, dan kesengsaraan yang dialami oleh para pesakit. Beberapa kempen telah diwujudkan bagi mengumpul dana untuk pesakit kanser bagi pertubuhan ini antaranya yang sedang giat dijalankan adalah seperti berikut:

Semoga dengan perhatian dan sumbangan ikhlas anda semua dapat membantu meringankan beban pesakit kanser dan tentunya membawa makna kepada mereka. Semoga MAKNA terus mara membela dan membantu nasib pesakit-pesakit kanser.

Untuk menyumbang dalam talian layari:

http://www.makna.org.my/donate.asp

Sumber: www.makna.org.my

No comments: